Aug 26, 2018

Amalan dan Doa Semasa Hamil



Wanita hamil tentu memerlukan ketenangan, ketenteraman dan kedamaian. Hal ini bukan hanya berguna kepada dirinya sendiri, juga sangat bermanfaat bagi bayi dalam kandungannya, Lantaran itu wanita yang sedang hamil memerlukan kesabaran dalam melalui masa kehamilan tersebut.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَا يُصِيْبُ الْمُسْـلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَّلاَ هَمَّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَـمَّ حَتَّى الشَّـوْكَةِ يُشَـاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ .

“Setiap muslim yang menderita kepenatan, sakit, kesusahan, gangguan atau cidera, sekalipun tertusuk duri, pasti Allah menjadikan semua itu sebagai penebus atas dosa-dosanya.”

Sabda Baginda s.a.w. lagi :

وَمَـنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللهُ وَمَـا أُعْطِيَ أَحَـدٌ عَطَـاءً خَيْرًا وَأَوْسَـعَ مِنَ الصَّبْرِ

“ Barang siapa bersabar, maka Allah akan menjadikan dia penyabar dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim).

Dengan kesabaran dan ketabahan seseorang wanita hamil akan mampu melalui kesulitan dan penderitaan yang dihadapinya sehingga hatinya menjadi tenang tenteram dan penuh harap akan rahmat Allah.

Amalan Dan Doa Semasa Wanita Hamil

(a) ​Memohon ampunan dan taubah kepada Allah s.w.t. agar disejahterakan anak di dalam kandungan.

​Doanya:

اَللّهُمَّ احْفَطْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لاَ شِـفَاءَ إَلاَّ شِـفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا. اَللّـهُمَّ صَوِّرْهُ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَـنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَـهُ اِيْمَانًا بِكَ وَبِرَسُـوْلِكَ. اَللّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطَنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَـهْلاً وَتَسْـلِيْمًا. اَللّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاَ حَاذِقًا عَالِمًا عَامِلاً. اَللّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَـدَهُ وَحَسِّــنْ خَلْقَهُ وَافْصِحْ لِسَـانَهُ وَأَحْسِـنْ صَوْتَـهُ لِقِرّاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلي الله عليه وسلم وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . ​

“Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada obat melainkan penawarMu. Sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah jadikanlah ia sehat sempurna. Ya Allah, Elokkanlah kejadiannya, fasihkanlah lidahnya, dan perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadith dengan berkah Nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam.”

(b)​ Beribadah kepada Allah s.w.t.

​Bagi perempuan yang hamil sebaiknya memperbanyak amal ibadah seperti mendirikan sholat sunah tahajjud di waktu malam dan sunah-sunah yang lain, serta senantiasa menutup aurat. Begitupun suami juga memperbanyak ibadah seperti berpuasa sunah, bersedekah dan melakukan amalan-amalan sholeh yang lain.

​Amat elok bagi ibu-ibu yang sedang hamil senantiasa membaca ma’thurah, terutama selepas shalat lima waktu.

(c)​ Membaca Al Quranul-Karim

​Ibu-ibu yang sedang hamil dianjurkan memperbanyak membaca al-Quran dan coba memahami isi kandungannya, surah-surah pilihan yang elok dibaca ialah surah al-Fatihah, surah Yaa Siin, surah At- Taubah, surah Yusuf, surah Luqman dan surah Maryam.

Kelebihan Dan Fadhilah Surah-Surah Pilihan Dari Al-Quran

Pertama ​:​ Surah al-Fatihah

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“ Tidak ada di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah, satu surah yang sama kelebihannya seperti Ummul Quran .”

Menurut para ulama beberapa kelebihan surah ini ialah:

1.​ Akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang diderita.

​Sabda Rasulullah s.a.w:

​“ Dia (Fatihah) ialah ibu al-Quran dan penawar bagi segala penyakit ”.

2.​ Dijauhkan dari segala yang membahayakan.

3.​ Dimurahkan rezeki

4.​ Mendapat keberkahan yang berkepanjangan.

Kedua : Surah Yaa Siin

Di antara beberapa Fadhilah atau kelebihan surah ini ialah: 1.​ Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barang siapa membaca surah Yaa Siin pada malam Jum'at, maka diampunkan oleh Allah dosa-dosanya pada esok hari “

2.​ Sabda Rasulullah s.a.w.:

​“Barang siapa ziarah ke kubur kemudian membaca surah Yaa Siin di sana, niscaya Allah meringankan siksa ahli kubur di hari itu dan mendapat pahala bagi orang yang membacanya serta mendapat kebajikan bersama dengan ahli kubur.”

3.​ Mendapat keberkahan hidup serta akan diperkenankan apa yang dihajatkan.

4.​ Manakala bagi ibu-ibu yang sedang hamil akan dimudahkan Allah semasa bersalin.

Ketiga : Surah At-Taubah

Di antara beberapa fadhilah dan kelebihan surah ini ialah:

1. ​Mendapat keberkahan dan keridhaan Allah Ta’ala dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian ini.

2.​ Akan mendapat kesejahteraan serta memudahkan semasa bersalin bagi setiap para ibu-ibu yang sedang hamil.

3. ​Akan dikaruniakan oleh Allah s.w.t. anak yang baik.

4.​ Memperoleh ketenangan jiwa dan kedamaian dalam hidup.

5. ​Bertambah ketakwaannya kepada Allah s.w.t.

6.​ Memperkuat keimanan kepada Allah s.w.t.

Keempat : Surah Yusuf

Di antara beberapa fadhilah dan kelebihan surah ini ialah:

1.​ Setiap orang yang membacanya akan mendapat keridhaan hidup di dunia dan di akhirat.

2.​ Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, jika selalu membaca surah ini akan mendapat anak yang baik dan elok rupa parasnya.

3.​ Bagi ibu-ibu yang hamil juga, jika senantiasa membaca surah ini akan dimudahkan semasa bersalin.

4. ​Selanjutnya akan bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Kelima : Surah Luqman

Di antara fadhilah dan kelebihan surah ini ialah:

1.​ Bagi wanita yang sedang hamil, jika selalu membaca surah ini, anak yang bakal dilahirkan akan mudah dibentuk perwatakan dan akhlaknya dengan akhlak yang baik.

2.​ Akan mendapat kesejahteraan serta ketenangan dalam hidup.

3.​ Mendapat keberkahan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

4.​Akan dikurniakan Allah dengan zuriat yang baik.

5.​ Dijauhkan segala kesusahan dan ketakutan semasa bersalin, bagi ibu-ibu yang sedang hamil.

Keenam : Surah Maryam

Di antara fadhilah dan kelebihan surah ini ialah:

1.​ Bagi ibu-ibu yang hamil, dan senantiasa membaca surah ini akan mendapat anak wanita yang baik.

2.​ Akan mendapat zuriat (keturunan) yang baik dan sebagai anak yang soleh atau solihah.

4. Akan diringankan beban semasa waktu kehamilan.

No comments:

Post a Comment